top of page


About us
Assalamualaikum dan apa khabar semua? Sedikit pengenalan daripada kami, Admin website ini ^
Kami bertiga merupakan siswi pendidik di Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka di bawah Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP). Untuk pengetahuan semua, kami juga rakan sekelas dan bersama-sama mengikuti Opsyen Pendidikan Khas. Tahun 2018 ini merupakan tahun pertama buat kami dalam menjalani kehidupan sebagai seorang siswi pendidik kerana kami merupakan ambilan Jun 2018. Oleh itu, kami juga masih dalam proses menyesuaikan diri dengan suasana yang baharu, suasana yang menggalakkan dan melatih kami untuk menjadi insan bergelar guru apabila tamat pengajian nanti.
bottom of page